Selasa, 7 Februari 2012

Tanggungjawab seorang lelaki





Tanggungjawab seorang Ayah:
Apabila seseorang yang bergelar ayah yang tidak memperdulikan anak-anaknya perempuannya di dunia. Dan tidak memberi segala keperluan Agama seperti mengajarkan mereka solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat...Dan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya di akhirat kelak.



 Tanggungjawab seorang suami:
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindakan seorang isteri. Dan memberi kebebasan di pejabat  atau dimana jua dengan memperhiaskan dirinya bukan untuk suami tetapi ia untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahramnya. Apabila suami itu mendiamkan diri walaupun dia seorang yang alim ( solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal ) maka dia akan  ditarik oleh isterinya di akhirat kelak


Tanggungjawab seorang Abang:
Apabila ayahnya sudah tiada, maka tanggungjawab menjaga maruah itu akan jatuh pula ke atas bahu seorang abang-abangnya. jikalau mereka hanya memetingkan keluarga mereka sahaja sedangkan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM..  maka adiknya akan menarik abangnya di akhirat kelak.

Tanggungjawab seorang Adik:
Apabila seorang anak tidak bernasihati seorang Ibu tentang perihal kelakua ibunya yang haram di sisi Syariat ISLAM, maka anak itu akan di soal dan dipertanggungjawabkan di hari akhirat Kelak. 









-) Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan Wanita bukan didunia sahaja, Malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat
 -) Maka kaum lelaki yang bergelar Ayah, Suami, Abang  atau anak haruslah  memainkan peranan mereka yang sebenar Kerana  ia akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak mengenai masalahh wanita yang dibawah tanggungjawabnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan