Jumaat, 2 Mac 2012

Wanita Syurga - Asiyah binti Muzahim



Bina untukku sebuah rumah di syurga


'Dan Allah telah menjadikan isteri Firaun (Asiyah binti Muzahim) sebagai perumpamaan bagi orang2 yang beriman ketika dia memohon kepada Tuhannya: Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim' 

(Surah at-Tahrim: 11)
Kisah Asiyah, mukminah solehah yang beriman kepada Allah S.W.T begitu unik dan luarbiasa sekali kerana tidak seperti kebanyakan mukminah lain, Asiyah mendampingi seorang lelaki yang kufur serta engkar terhadap PenciptaNya. Meski Asiyah adalah isteri kepada Firaun yang zalim, keimanan serta keteguhan aqidahnya tidak pernah sekali luntur atau luruh dengan kezaliman serta kekufuran suaminya.

Terdapat berbagai2 pendapat di kalangan para ulama' tafsir mengenai asal-usul Asiyah binti Muzahim. Samada dia benar2 berasal dari Mesir atau ditawan dalam mana2 peperangan penaklukan dan penguasaan tanah jajahan Firaun, antaranya peperangan dengan kerajaan Kisra Parsi. Bila Asiyah beriman?Dan mengapakah dia masih mendampingi Firaun tanpa melarikan diri?Apa yang menyebabkan Asiyah mampu bertahan dalam istana Firaun yang tak ubah seperti penjara buatnya di dunia?

Soalan2 ini telah dijawab oleh ulama'2 tafsir dengan pelbagai jawapan. Namun, menurut Syeikh Muhammad Ali Qutb, di antara jawapan2 itu, dapat disandarkan pegangan pada satu hadith daripada Rasulullah S.A.W. bahawa nama isteri Firaun itu ialah Aisyah binti Muzahim. Sementara Firaun yang dimaksudkan ialah Firaun yang hidup pada zaman Nabi Musa A.S. seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Mengenai bila dan dari mana datangnya iman ke dalam hati Asiyah, Syeikh Muhammad Ali Qutb melontarkan 2 kemungkinan:

1) Sejak kecil dia sudah beriman. Ini menguatkan pendapat yang mengatakan Asiyah bukan berbangsa Mesir, dan mungkin berasal dari luar Mesir. (Namun kita tidak perlu utk menyelidik nasab dan keturunannya)

2) Ada kemungkinan hubungan nasab antara Asiyah dengan lelaki beriman di kalangan keluarga Firaun (ada diceritakan dalam Al-Quran). Barangkali melalui lelaki ini, Asiyah tertarik tentang keesaan Allah lalu beriman.

Pendapat kedua ini lebih banyak dihuraikan dengan kemungkinan bahawa lelaki beriman ini melaksanakan dakwah secara sirr (sembunyi) sedang dia antara ahli dalam kalangan keluarga Firaun. Dan Asiyah sendiri, persekitaran hidupnya yang sememangnya di bawah cengkaman Firaun, pastilah dia lebih mengetahui segala selok-belok termasuk hubungan Firaun yang begitu akrab dengan para pendita dan ahli sihir yang sesat. Namun, pengetahuannya tentang ini, tidak menjadi penghalang untuk dia beriman.
Lelaki beriman di kalangan keluarga Firaun
Imam Ibnu Kathir menulis dalam bukunya (Qishash Al-Anbiya'):

Lelaki ini adalah anak bapa saudara Firaun. Dia menyembunyikan keimanannya daripada kaum mereka kerana takut dihukum. Ada yang berpendapat lelaki yang beriman ini bukan dari keturunan Qibti (Mesir), sebaliknya dari golongan Israel (sebangsa dengan Nabi Musa). Akan tetapi, menurut Ibu Juraij, Ibnu Abbas R.A. berkata:

'Hanya 2 orang kaum Qibti yang beriman kepada Nabi Musa, yakni lelaki yang datang berjalan kaki dari hujung kota ini dan isteri Firaun (Asiyah binti Muzahim)' - Riwayat Ibnu Hatim.

Satu persamaan yang jelas di antara lelaki yang beriman ini dan Asiyah ialah, mereka adalah jiwa2 yang telah disentuh dan disinari dengan cahaya keimanan sehingga mereka menerimanya dalam hati mereka meski setiap saat terdedah pada ancaman kezaliman Firaun. Semoga kita juga diberikan hati yang cekal dan tetap utuh dengan aqidah serta keimanan kepada Allah S.W.T dalam keadaan sukar dan senang.

Rujukan: Wanita Syurga & Wanita Neraka - Syeikh Muhammad Ali Qutb

Di sebalik ujian ada terselitnya kebahagian hakiki

kalau tidak mampu  mencintai,
jangan  pernah sentuh  hati seseorang
 kalau tidak mampu untuk setia,
Jangan pernah membuat  janji
kalau tidak mampu  memgenggam hubungan,
 dan jangan pernah memberi  harapan  .

>>>>>> kerana hati manusia itu terlalu bernilai  dan terlalu berharga untuk di sakiti..
 ia terlalu mahal untuk disia- siakan dan untuk dihancurkan <<<<<<
 (✿◠‿◠)





Khamis, 9 Februari 2012

Alkisah kelas 5sains sosial 4 (2010)


Assalamualaikom pembuka bicara,
semoga pembaca sihat sejahtera,
Seloka dibuat untuk bergembira,
 supaya life sentiasa ceria,
5 Sains Sosial 4


Seloka kami gila- gila bahasa,
perempuan dan lelaki semua ada,
Semuanya cun dan kacak belaka
 tapi tak lah sampai nak bangga- bangga,


Menjadi pengganti  pengubat duka,
Cikgu lidyawati Tinggi orangnya,
Ingatkan cikgu ' Cool" saja,
 tapi Garang orangnya.,


Ini cerita budak 5 ss4,
 terlampau nakal dan terlampau ceria,
Bila belajar susah sekali,
 masa kecerian kelas, kamilah "Champion"nya,


Khairi izmi monitor kami,
orang nya kecil, pendiam sekali,
kelas bising apa  nak jadi,


fatin syuhaidah assistant kami,
bila  budak ponteng kelas,
 dia lah tukang catit nama dekat  "Bkk",
Padan lah muka  kita orang semua.


"Duit.... Duit" itu lah slogannya
Bendahari  disandang oleh syazwani,
bila tidak ada Syazwani,
 sailah lah yang kena ganti Bendahari di kelas kami,


kerja diorang bercakap dan bersembang,
sentiasa berkepit ke sana ke mari,
bila seorang tiada mula tercari- cari,
Zakina dan  nadiela empunya diri,


Daud dan khairul  lagak serba tahu,
mengangu orang nomber satu,
bila guru tanya, tergaru- garu,
 memberi alasan saya tidak tahu,


 sok teng dan wei ling  " champion Math"
bila bagi soalan , Confirm  Betul,
Bila exam , buat serius,
 bila kami  minta jawapan,
 mampus lah kau,


amat kurus, tak cukup isi,
 itu wais asyik  "sleepy',
 walaupun dia seorang pendiam, tapi otak nya sungguh berisi
itulah Alfie dan hasan  empunya diri,


Yusril pula badannya tegap,
jadi  idaman setiap  wanita,
 cikgu Mengajar dia bermimpi,
itulah arif empunya diri,


budak - budak lelaki dikelas kami,
 buat kerja syok sendiri
 gelak - gelak  macam nak mati,
ish.. ish... ishh  apa nak jadi mereka ini??...


 bila exam dah nak dekat
 semua orang  dah mula kulang kabut,
buku tak baca tapi result Gempak gila,
 nak wat macam mana, dah otak bergeliga,


sekian  sahaja seloka kami
nak tahu macam mana 5sains sosial 4 hari - hari,
 ha! anda pikir lah sendiri,
kini kau kata nya , ku katakan Bye-Bye...
2Gigih

3 Ehsan

Selasa, 7 Februari 2012

Satu Amanah- Hijjaz

Yakin lah pada Allah SWT. Bukanlah  Mengharap terkabulnya segala harapan tetapi yakin lah bahawa hanya  Allah SWT yang mengetahuinya.  Indah Tarbiah Allah, Tersiram rahmat dan hikmah. Diuji kepada kita sebagai  tanda sayangNya.

                                         

Tanggungjawab seorang lelaki





Tanggungjawab seorang Ayah:
Apabila seseorang yang bergelar ayah yang tidak memperdulikan anak-anaknya perempuannya di dunia. Dan tidak memberi segala keperluan Agama seperti mengajarkan mereka solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat...Dan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya di akhirat kelak.



 Tanggungjawab seorang suami:
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindakan seorang isteri. Dan memberi kebebasan di pejabat  atau dimana jua dengan memperhiaskan dirinya bukan untuk suami tetapi ia untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahramnya. Apabila suami itu mendiamkan diri walaupun dia seorang yang alim ( solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal ) maka dia akan  ditarik oleh isterinya di akhirat kelak


Tanggungjawab seorang Abang:
Apabila ayahnya sudah tiada, maka tanggungjawab menjaga maruah itu akan jatuh pula ke atas bahu seorang abang-abangnya. jikalau mereka hanya memetingkan keluarga mereka sahaja sedangkan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM..  maka adiknya akan menarik abangnya di akhirat kelak.

Tanggungjawab seorang Adik:
Apabila seorang anak tidak bernasihati seorang Ibu tentang perihal kelakua ibunya yang haram di sisi Syariat ISLAM, maka anak itu akan di soal dan dipertanggungjawabkan di hari akhirat Kelak. 









-) Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan Wanita bukan didunia sahaja, Malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat
 -) Maka kaum lelaki yang bergelar Ayah, Suami, Abang  atau anak haruslah  memainkan peranan mereka yang sebenar Kerana  ia akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak mengenai masalahh wanita yang dibawah tanggungjawabnya.


Banyakan berdoa kepadanya


Banyakkan berdoa kepada-Nya kerana kita sentiasa memerlukan perlindungan daripada-Nya disebabkan kita adalah insan yang lemah dan sentiasa akan diuji. Semoga dengan inayah dan perlindungan-Nya, kita akan mampu menghadapi apa jua bentuk ujian yang didatangkan buat kita selama mana kita di dunia ini..







Gambar Graduasi 2010




My class ( 5 Sains sosial 4)